Suatu hari,irfan pulang dari tempat kerjanya pada waktu malam sekitar pukul 12.Dia terpaksa pulang ke rumah lambat pada hari itu kerana terpaksa menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan dengan kadar segera.Dia pun mengambil keputusan untuk pulang lambat.Setelah menyiapkan kerja,dia segera turun dari bangunan pejabatnya dan terus menuju ke arah keretanya.Dia masuk ke dalam kereta kemudian duduk seketika untuk membalas beberapa mesej di telefonnya.Ketika dia hendak mengidupkan enjin keretanya,dia terperasan seperti ada orang yang duduk di kerusi bahagian belakang keretanya.Dia dengan segera toleh ke belakang untuk melihat,tetapi tiada sesiapa yang duduk di belakang keretanya.Dia mula berasa hairan.Ehh,tadi aku nampak ada orang dekat kerusi belakang,bila aku pandang tak ada pulak,kata irfan di dalam hatinya.Kemudian dia tidak mengiraukannya dan terus memulakan perjalanan kerumahnya yang sejauh 150km.Setelah irfan melepasi plaza tol,dia terus memecut keretanya dengan sangat laju.Dia risau akan adiknya yang tinggal di rumah seorang diri.Oleh itu,dia memandu sehingga 190km/h.Keadaan di lebuh raya sangat sunyi,tiada sebuah pun kereta,motosikal mahupun lori.Dia berasa hairan kerana selalunya lebuh raya sentiasa dipenuhi kereta.Ketika sedang memandu laju di lebuhraya itu,tiba tiba irfan terlihat sesuatu seperti manusia yang berbungkus bergolek ke arah keretanya.Dia yang tidak berfikir panjang terus melanggar benda itu kerana jika dia mengelak,sudah pasti dia akan terbabas dan mungkin dia akan mati.GEDEGANG..irfan terdengar bunyi yang sangat kuat ketika melanggar makhluk berbungkus yang bergolek itu.Habis lah aku punya Porsche Panamera katanya di dalam hati.Setelah melanggar benda itu,dia melihat ke arah belakang melalui cermin pandang belakang dan cermin sisi keretanya.Irfan mula berasa hairan dan mula ketakutan kerana tidak dapat melihat benda yang dilanggar dan tiada apa apapun di atas lebuh raya itu.Disebabkan ketakutan yang dialaminya,dia terus cuba meningkatkan semula kelajuan keretanya tetapi gagal.Keretanya terus perlahan sehingga 60km/h sahaja.Dia berfikir,kenapa lereta aku perlahan?enjin rosak ke masa langgar tadi?Dia masih terus memandu,kemudian kenderaan di lebuh raya itu menjadi semakin banyak.Dia semakin pelik apabila kereta kereta yang datang dari balakang meninggikan lampu dan membunyikan hon ketika memotongnya.Dia berkata dalam hatinya"apahal pulak ni?semua orang pelik malam ni".Dia terus menghentikan keretanya di kawasan R&R.Dia turun dari kereta dan melihat di sekitar keretanya. Irfan mendapati tiada apa yang pelik pada keretanya.Bahagian depan keretanya pula tidak mengalami apa apa kerosakan selepas melangar benda itu.Enjin keretanya juga tidak terjejas akibat daripada pelanggaran itu.Dia semakin hairan.Dia meneruskan perjalan sambil membaca apa apa sahaja ayat suci Al-Quran yang dia hafal.Keretanya masih lagi perlahan dan tidak mampu meluncur dengan laju.Sambil memandu,dia membaca beberapa ayat Al-Quran.Dia melihat ke belakang melalui cermin dan ternampak seperti susuk tubuh manusia yang berbungkus duduk di kerusi belakang keretanya.Dia yang terperanjat beserta takut terus mengalihkan pandangan ke depan.Irfan mencari cd cd surah untuk diputarkan di radio keretanya.Irfan memutarkannya dengan suara radio yang ditinggikan dengan kuat.Dia masih berasa takut,sambil membaca beberapa surah,dia membuka tingkap belakang keretanya,kemudian dia menoleh ke belakang.Tidak ada apa apa lagi yang duduk di belakang keretanya.Dia masih lagi meneruskan perjalanan.Ketika memandu,tiba tiba makhluk berbungkus itu berdiri di hadapan keretanya.Dia dengan cemas cuba mengelak dan menyebabkan Irfan hampir hampir kemalangan.Dia terus membaca ayat kursi sambil meneruskan perjalanan dan menguatkan suara bacaan ayat ayat suci Al-Quran di radio keretanya.Keretanya kembali seperti biasa,boleh memecut dengan laju.Irfan pun dengan perasaan takut terus memandu dengan lebih laju.Apabila sampai di rumah,dia menunggu di luar rumah dahulu untuk beberapa minit dan mencuci kaki sebelum masuk ke rumah.Alhamdulillah,Irfan tidak diganggu lagi oleh makhluk berbungkus yang bernama pocong itu dirumahnya.
Thursday, 27 October 2016
Saturday, 22 October 2016
Pengalaman seram di rumah sendiri
PENGALAMAN SERAM DI RUMAH SENDIRI
Kisah ini terjadi kepada diri saya sendiri dan juga bersama keluarga..
Rumah kami mula dibina pada peghujung tahun 2013.Tahun pertama kami tinggal di rumah ni iaitu pada tahun 2014,ketika saya tinggal di rumah bersama abang kerana ibu bapa kami keluar untuk menyelesaikan urusan mereka di luar,kami hanya tinggal berdua sahaja.Pada mulanya tidak merasa apa2 yang seram kerana kami masih gembira kerana telah berpindah ke rumah baru kami.Tetapi,apabila waktu magrib ketika saya bersama abang duduk bersembang di ruang tamu rumah kami,secara tiba2 remote control astro yang diletakkan di atas speaker terjatuh dengan sendiri tanpa disentuh oleh sesiapapun.Kami mula hairan memikirkan bagaimana remote tu boleh terjatuh sendiri sedangkan remote tu tidak diusik oleh sesiapapun,nak dikatakan remote tu jatuh disebabkan gegaran pada speaker memang tidak masuk akal kerana ketika itu kami tidak menonton tv dan speaker juga tidak digunakan.Jadi,bagaimana remote tu boleh terjatuh dengan sendiri.Kemudian,saya angkat semula remote tu dan letakkan di atas meja pula,tiba2 kami terdengar bunyi seperti botol kaca bergolek.Kami terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.Tetapi,kami tidak melihat sebarang botol kaca yang tegak mahupun yang tergolek di sekitar rumah kami.Mustahil jika kucing yang terlanggar botol kaca hingga jatuh bergolek sedangkan tidak ada satupun botol kaca di luar rumah.Kami pun merasa tidak sedap hati,terus masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu bersama dan menunggu ibu bapa kami pulang ke rumah.Rumah kami ini sebenarnya dikatakan ada makhluk lain disekitarnya,datuk saya yang mempunyai sedikit kebolehan melihat rumah kami ketika masih dalam pembinaan dan pada keesokannya,dia berkata ketika dia sedang tidur dia termimpi ada sesuatu yang menyerupai abang saya di rumah kami.Tetapi dia berkata benda itu tidak mengganggu,jadi siapa pula yang mengganggu kami pada waktu magrib itu?.......Seterusnya,bapa saya ni ialah seorang kakitangan kerajaan yang telah bersara.Jadi,pada waktu malam dia kadang2 keluar untuk ke warung berdekatan untuk berjumpa kawan2nya dan duduk untuk minum teh.Apabila hendak pulang ke rumah,dia menunggang motorsikalnya hingga ke rumah kami.Ketika dalam perjalanannya,dia tidak diganggu tetapi ketika sampai di rumah,dia terdengar bunyi tin yang banyak.Diapun masuk ke rumah dan terus tidak mengendahkan bunyi itu.Setelah beberapa tahun berlalu,saya kembali di ganggu.Pada suatu malam itu,sedang tidur kemudian apabila terjaga sekitar pukul 1-3 pagi,saya telah terjaga tetapi mata tidak boleh terbuka,saya tidak boleh mengeluarkan suara dan saya sukar untuk bernafas.Saya cuba untuk mengeluarkan suara tetapi gagal.Saya hanya teringat kalimah "Allahuakhbar".Saya terus cuba sebut dan sebut untuk beberapa kali kemudian terus saya boleh bergerak,mata boleh dibuka,saya boleh bernafas dengan mudah dan saya boleh bercakap.Alhamdulillah tidak berlaku apa2 pada saya.beberapa bulan kemudian,saya diganggu lagi....haish..asyik2 lah saya kena ganggu..nasib lah katakan.Ketika saya sedang baring2 di atas katil di dalam bilik saya sambil bermain telefon,tiba2 bantal yang disusun terjatuh dengan sendiri kemudian saya terdengar orang memberi salam "Assalamualaikum".Bunyinya sungguh perlahan seperti jauh dari saya dan nada suaranya begitu lembut dan sopan sekali,saya mula berasa hairan,kemudian saya keluar dari bilik dan melihat tiada sesiapa yang datang dan ahli keluarga saya tidak mendengarnya.Hanya saya seorang sahaja yang di dalam bilik yang terdengar suara itu walhal,di dalam bilik saya sukar untuk mendengar suara orang yang datang dan memberi salam di hadapan rumah kami.Saya pun tidak mahu mengendahkan suara itu dan terus sambung bermain games di telefon saya.Nasib baik hanya itu sahaja gangguannya,kalau lebih teruk mungkin saya tidak akan berani tinggal di rumah seorang diri dan tidak berani untuk tidur seorang diri.Sampai sini sahaja kisah saya kali ini,jika ada kisah lain saya akan postkan melalui blog yang akan datang...
Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya yang tidak seberapa ini,harap anda terhibur....
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!