Saturday, 22 October 2016

Pengalaman seram di rumah sendiri

PENGALAMAN SERAM DI RUMAH SENDIRI

Kisah ini terjadi kepada diri saya sendiri dan juga bersama keluarga..
Rumah kami mula dibina pada peghujung tahun 2013.Tahun pertama kami tinggal di rumah ni iaitu pada tahun 2014,ketika saya tinggal di rumah bersama abang kerana ibu bapa kami keluar untuk menyelesaikan urusan mereka di luar,kami hanya tinggal berdua sahaja.Pada mulanya tidak merasa apa2 yang seram kerana kami masih gembira kerana telah berpindah ke rumah baru kami.Tetapi,apabila waktu magrib ketika saya bersama abang duduk bersembang di ruang tamu rumah kami,secara tiba2 remote control astro yang diletakkan di atas speaker terjatuh dengan sendiri tanpa disentuh oleh sesiapapun.Kami mula hairan memikirkan bagaimana remote tu boleh terjatuh sendiri sedangkan remote tu tidak diusik oleh sesiapapun,nak dikatakan remote tu jatuh disebabkan gegaran pada speaker memang tidak masuk akal kerana ketika itu kami tidak menonton tv dan speaker juga tidak digunakan.Jadi,bagaimana remote tu boleh terjatuh dengan sendiri.Kemudian,saya angkat semula remote tu dan letakkan di atas meja pula,tiba2 kami terdengar bunyi seperti botol kaca bergolek.Kami terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.Tetapi,kami tidak melihat sebarang botol kaca yang tegak mahupun yang tergolek di sekitar rumah kami.Mustahil jika kucing yang terlanggar botol kaca hingga jatuh bergolek sedangkan tidak ada satupun botol kaca di luar rumah.Kami pun merasa tidak sedap hati,terus masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu bersama dan menunggu ibu bapa kami pulang ke rumah.Rumah kami ini sebenarnya dikatakan ada makhluk lain disekitarnya,datuk saya yang mempunyai sedikit kebolehan melihat rumah kami ketika masih dalam pembinaan dan pada keesokannya,dia berkata ketika dia sedang tidur dia termimpi ada sesuatu yang menyerupai abang saya di rumah kami.Tetapi dia berkata benda itu tidak mengganggu,jadi siapa pula yang mengganggu kami pada waktu magrib itu?.......Seterusnya,bapa saya ni ialah seorang kakitangan kerajaan yang telah bersara.Jadi,pada waktu malam dia kadang2 keluar untuk ke warung berdekatan untuk berjumpa kawan2nya dan duduk untuk minum teh.Apabila hendak pulang ke rumah,dia menunggang motorsikalnya hingga ke rumah kami.Ketika dalam perjalanannya,dia tidak diganggu tetapi ketika sampai di rumah,dia terdengar bunyi tin yang banyak.Diapun masuk ke rumah dan terus tidak mengendahkan bunyi itu.Setelah beberapa tahun berlalu,saya kembali di ganggu.Pada suatu malam itu,sedang tidur kemudian apabila terjaga sekitar pukul 1-3 pagi,saya telah terjaga tetapi mata tidak boleh terbuka,saya tidak boleh mengeluarkan suara dan saya sukar untuk bernafas.Saya cuba untuk mengeluarkan suara tetapi gagal.Saya hanya teringat kalimah "Allahuakhbar".Saya terus cuba sebut dan sebut untuk beberapa kali kemudian terus saya boleh bergerak,mata boleh dibuka,saya boleh bernafas dengan mudah dan saya boleh bercakap.Alhamdulillah tidak berlaku apa2 pada saya.beberapa bulan kemudian,saya diganggu lagi....haish..asyik2 lah saya kena ganggu..nasib lah katakan.Ketika saya sedang baring2 di atas katil di dalam bilik saya sambil bermain telefon,tiba2 bantal yang disusun terjatuh dengan sendiri kemudian saya terdengar orang memberi salam "Assalamualaikum".Bunyinya sungguh perlahan seperti jauh dari saya dan nada suaranya begitu lembut dan sopan sekali,saya mula berasa hairan,kemudian saya keluar dari bilik dan melihat tiada sesiapa yang datang dan ahli keluarga saya tidak mendengarnya.Hanya saya seorang sahaja yang di dalam bilik yang terdengar suara itu walhal,di dalam bilik saya sukar untuk mendengar suara orang yang datang dan memberi salam di hadapan rumah kami.Saya pun tidak mahu mengendahkan suara itu dan terus sambung bermain games di telefon saya.Nasib baik hanya itu sahaja gangguannya,kalau lebih teruk mungkin saya tidak akan berani tinggal di rumah seorang diri dan tidak berani untuk tidur seorang diri.Sampai sini sahaja kisah saya kali ini,jika ada kisah lain saya akan postkan melalui blog yang akan datang...
Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya yang tidak seberapa ini,harap anda terhibur....

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!

No comments:

Post a Comment