Assalamualaikum semua...
Terima kasih sebab sudi baca cerita ni...saya ni baru first time buat buat blog...jadi segala salah silap harap maaf lah ye...segala kesulitan amat dikesali(kesal konon😒)..saya sebenarnya nak bercerita tentang pengalaman seram yang pernah saya alami sendiri.Kisah ini dialami ketika saya dan keluarga masih tinggal di perumahan polis..ceritanya begini,pada suata malam,ketika sedang nyenyak tidur..saya terjaga dan tekak saya berasa kering dan haus..jadi saya pun bangun dan keluar dari bilik untuk pergi ke dapur..
Masa tu keadaan rumah sangat gelap kerana semua orang dah tidur..nak dijadikan cerita...sedang saya berjalan,sampai saja di ruang tamu..keadaan sangat gelap.Saya pulak dengan tak sengaja tertoleh ke arah ruang tamu iaitu di bahagian tingkap.Masa saya toleh tu..saya terperasan seperti ada sesuatu di sebelah sofa yg diletakkan berdekatan tingkap tu...saya pun tenung lah benda tu untuk seketika.Kemudian...dalam keadaan gelap saya ternampak benda tu sebenarnya berwarna putih dan saya nampak seperti ada rambut yang ditiup angin...padahal tingkap langsung tak dibuka.Jadi..mana datangnya angin tu...saya pun dah mula rasa lain macam...nasib baik saya tak nampak mukanya..kalau saya nampak mukanya mungkin saya x sempat lari dan terus pengsan...maklumlah...saya ni penakut...lepas tu..saya yang dah takut ni pun terus berlari masuk ke bilik dan terus lompat atas katil...setelah lama berbaring..saya pun tertidur dengan perasaan takut...itu ialah pengalaman saya yang sebenar...di kawasan rumah itu sebenarnya dikatakan tempat untuk bomoh membuang benda2 itu sebelum rumah2 tu didirikan di situ..pada setiap malam...hampir semua rumah dalam setiap blok akan terdengar bunyi guli berterabur..bunyi orang mengalihkan perabut...bila ditanya pada jiran atas...mereka kata mereka tak buat apa2 dan bunyi tu bukan dari rumah mereka.Jadi,persoalannya dari manakah datangnya bunyi tu...sampai disini sahaja pengalaman saya di rumah ini tetapi tidak termasuk rumah lain..jika ada lagi...tunggulah pada masa yang akan datang...
Terima kasih dan selamat seram...
No comments:
Post a Comment